Tipu itu satu strategikah ?

2022 Mei 12(Khamis)

Video di atas mencetuskan satu soalan penting dalam minda Acik. Soalannya ialah, “adakah tipu itu satu strategi ?”

Beberapa hari lepas Acik pergi shopping di SM (super market) Mr D.I.Y. Kata orang D.I.Y. adalah rengkasan kepada perkataan Do it yourself. Falsafah di sebalik nama D.I.Y. itu Acik agak, adalah untuk menggalakkan pengguna-pengguna membaiki segala peralatan rumah masing-masing dengan sendiri. Tak payah nak panggil tukang atau technician untuk membaikinya.

Contohnya, jika kepala paip yang di bilik air rumah kita tu rosak, kita tak perlulah panggil jurupaip. Kita sendiri pun boleh menukarkannya dengan yang baru. Cuma kita perlulah ada segala bahan dan peralatan (tools) bagi membolehkan kita menukar kepala paip yang rosak itu. Semua keperluan itu ada dijual di Mr D.I.Y.

Acik kira diri Acik adalah pelanggan tetap SM Mr D.I.Y. Sudah banyak produk yang Acik beli di SM Mr D.I.Y. sejak ia mula dibuka. Jika dibandingkan harga di kedai-kedai hardware, Acik dapati harga di SM Mr D.I.Y. rata-rata lebih murah. Tapi, tapi, tapi ….., sukalah Acik ingatkan semua pengguna supaya berhati-hati ketika shopping di pasaraya Mr D.I.Y. itu.

Sebelum membeli sesuatu produk eloklah pastikan terlebih dahulu harga sebenarnya. Ada dua cara hendak menyemak harga. Pertama dengan mengimbaskan (scan) bar code produk berkenaan dengan mesin pengimbas harga yang disediakan di dalam SM Mr D.I.Y. berkenaan. Cara kedua ialah dengan bertanya cashier di kaunter bayaran.

Pada 8Mei yang lepas Acik shopping di sebuah SM Mr D.I.Y. Ada satu produk yang Acik terpaksa membayar lebih mahal daripada harga yang dipamerkan ditempat dimana produk itu digantung. Harga yang dipamerkan hanya RM14.80, tapi harga yang Acik kena bayar di kaunter adalah RM16.10

Pada hari PenCERAHan ini ditulis (12 Mei) OP perkara yang serupa Acik alami lagi. Produk yang digantung pada tempatnya dilabel dengan harga RM34.50.

Akan tetapi harga yang Acik terpaksa bayar di kaunter ialah RM39.70 iaitu RM5.20 lebih mahal. Perbezaan kedua-dua harga tersebut adalah agak ketara. Ini tidak harus berlaku atau dibiarkan terus berlaku.

Dasar yang diterimapakai oleh SM Mr D.I.Y. ialah, either you take it or leave it. Maksudnya, kalau hendakkan juga produk itu, maka terpaksalah sanggup membayar harga yang disebut oleh cashier di kaunter bayaran. Kalau tak hendak bayar, tinggalkan saja barang itu di kaunter bayaran.

Ini Acik rasa sangat tidak adil terhadap pengguna atau pelanggan yang ingin membeli produk berkenaan. Beliau membuat keputusan untuk membeli produk berkenaan adalah berdasarkan harga yang ditawarkan. Namun bila dikenakan harga yang lebih tinggi ketika di kaunter bayaran, maka beliau menjadi serba salah. Lebih-lebih lagi bila dibelakang beliau ramai pembeli lain yang sedang beratur menunggu giliran untuk membuat bayaran. Jika tak jadi beli terasa malulah pula kepada mereka.

Namun apa yang sering terjadi ialah, pembeli langsung tidak sedar bahawa beliau telah membayar lebih tinggi daripada harga yang dipamerkan pada produk berkenaan. Lebih-lebih lagi ketika membeli barang-barang dengan kuantiti yang banyak. Majoriti pembeli tidak pernah check langsung apa produk yang dibelinya dan berapa harga yang dibanyar.

Berdasarkan pengalaman di atas, Acik rasa pengguna-pengguna perlulah mendesak pihak berkuasa agar mengambil tindakan yang wajar keatas pihak SM Mr D.I.Y kerana membiar berlakunya kewujudan dua harga yang berbeza ke atas mana-mana produk yang dijual di SM Mr D.I.Y.

Seyugia juga dimaklumkan bahawa, perkara yang serupa juga pernah Acik alami di Pasaraya Econ Save, beberapa kali. Walaupun perbezaan harga tidaklah banyak, namun ia tetap bercanggah dengan prinsip perniagaan yang wajar dipraktikkan. Alasan yang selalu diberi ialah kesalahan pekerjanya, tidak meletakkan harga baru di rak di mana produk berkenaan ditempatkan harga pd setiap produk.

Perekat harga pd setiap produk

Antara kaedah yang Acik percaya praktikal ialah mewajibkan supaya pelekat harga dilekatkan ke atas setiap produk. Kaedah ini telah pernah dipraktikkan di Malaysia. Namun agaknya, demi untuk menjaga kepentingan para perniaga, maka kaedah tersebut telah ditinggalkan. Akhirnya pengguna juga yang menjadi mangsa akibat tertipu seperti apa yang Acik sendiri telah alami baru-baru ini.

Sama-samalah kita harapkan agar agensi kerajaan yang diamanahkan menjaga kepentingan rakyat benar-benar menjaga mereka daripada apa juga bentuk penipuan komersial, tidak lagi berdiam diri. Ayuh ! mulailah membuat siasatan terhadap apa yang Acik laporkan dalam blog ini.

Wallahua’lam 💊

PenCERAHan yg popular ⬇️

Politik: hebatnya ketua pembangkang https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/20/politik-hebatnya-ketua-pembangkang/

PenCERAHan yg relevan ⬇️

PRU15: konspirasi TIPU pengundi ? https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/22/pru15-konspirasi-tipu-pengundi/

PPRU15: ibarat seorang gembala dgn serigala https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/17/ppru15-ibarat-seorang-gembala-dgn-serigala/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://beappreciative.wordpress.com

https://4uni2c.wordpress.com

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Leave a comment