ECRL: pemangkin pembangunan pantai timur SM

Sila SENTUHI ⬇️👇⬇️ https://4uni2cdotcom1.files.wordpress.com/2017/08/vid-20170812-wa00893.mp4

PenCERAHan ini telah disiarkan pada 2017 Ogos 12

ECRL (East Coast Rail Link) merupakan sebuah projek mega. Upacara pecah tanah sebagai pelancaran projek tersebut telahpun dilaksanakan pada 2017 Ogos 9 lepas. Khabarnya projek mega itu akan melibatkan pelaburan negara sebanyak RM55 ribu juta. Ianya dijangka siap pada tahun 2024.

Kos sesuatu projek pembangunan di Msia tidak boleh bandingkan one to one dgn kos projek yg serupa di negara lain. Jika projek yg serupa ECRL dibuat di Saudi, mungkin kosnya jauh lebih murah kerana land skep nya tidak lah begitu mencabar. Bagi Acik apa yg lebih penting ialah kesan positif yg akan dinikmati oleh rakyat dari projek tersebut, dari mula ianya dilaksanakan hinggalah sampai bila-bila, selepas projek itu siap (mula berfungsi dan beroperasi).

Sejak sekian lama negeri-negeri di pantai timur SM (Semenanjung Msia) telah ketinggalan dalam aspek pembangunan. Antara faktor utama ialah kerana sistem pengangkutannya dengan negeri-negeri maju di pantai barat sangatlah lemah. Acik yakin, kelemahan ini akan dapat diatasi dgn amat berkesan bila siap projek ECRL itu nanti, insyaAllah.

Pengalaman Acik semasa berkhidmat di Kelantan dahulu dan lawatan-lawatan Acik ke Trengganu, telah mendedahkan Acik kpd realiti yang wujud di negeri-negeri yang didominasi orang Melayu itu. Harapan Acik sejak sekian lama ialah agar kerajaan sanggup melabur demi memajukan pantai timur SM itu. Kini nampaknya harapan Acik itu bakal menjadi realiti, alhamdulillah.

Projek ECRL akan menggunakan ramai tenaga pekerja, dari buruh kasar hinggalah kpd pekerja2 berkemahiran tinggi. Maka ramailah rakyat Msia yang menganggur akan mendapat pekerjaan, baik secara langsung mahu pun sebaliknya. Mereka itu termasuklah graduan2 menganggur yg mungkin sudah mencecah puluhan ribuan bilangannya. … …

.

C & P dari WA Anas AJ
Situasi sebenar pekerja-pekerja di projek ECRL kini:

1. Pembinaan permulaan untuk projek ECRL kini ada 1,718 pekerja terus. Hanya 311 (18%) dari negara China.

2. Pada masa ini, ada 215 buah Syarikat tempatan yang terlibat dalam project ECRL, iaitu 26 Syarikat konsultan, 99 Syarikat pembekal dan 90 kontraktor tempatan. Pihak kontraktor utama ECRL akan terus memberi keutamaan kepada penggunaan bahan-bahan binaan dari syarikat-syarikat tempatan di Malaysia.

3. Dianggarkan sebanyak 80,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak lansung akan ditawarkan sepanjang tempoh pembinaan ECRL.

4. Setakat ini, syarikat China CCCC telah menaja RM 23 juta untuk Program Latihan Kemahiran Industi Rel Pantai Timur (PLKI-ECRL)

5. Sejak program bermula bulan Sept 2017, 185 orang telah menamatkan latihan dan telah pun mula bekerja di MRL dan CCCC. Seramai 244 pelatih lagi akan tamat latihan pada April 2018.

6. MRL amat berharap agar warga tempatan merebut peluang untuk terlibat dalam kerja-kerja pembinaan ECRL dimana pemindahan kepakaran teknologi rel dari China dapat memberi manfaat yang besar kepada negara dalam jangka masa panjang.

http://www.theedgemarkets.com/article/only-30-ercl-workers-will-be-foreigners-says-project-owner

.

Wallahua’lam 💊

PenCERAHan yg popular ⬇️

Bahaya provokasi agama https://shalleducate.wordpress.com/2022/07/19/bahaya-provokasi-agama/

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Antara ECRL & Proton http://4uni2c.com/2018/06/01/pru14-pasca-antara-ecrl-proton/

Subuh di Kpg Baru zuhur di Kota Bharu http://4uni2c.com/2017/08/20/ecrl-subuh-di-kpg-baru-zuhur-di-kota-bharu/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://beappreciative.wordpress.com

https://4uni2c.wordpress.com

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Leave a comment